CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday 1 December 2012

JENAMA EKSKLUSIF DARNELLA SCARF : Menjengah Pasaran, Disember 2012!

Darnella Scarf adalah jenama hijab terkini yang memasuki pasaran mulai Disember 2012. Setiap helai tudung yang dikeluarkan melalui proses jahitan yang halus dan teliti, sesuai dengan kehendak pelanggan yang mementingkan kualiti dan gaya. Buat masa ini, tudung kami dikeluarkan dalam jumlah terhad memandangkan setiap tudung dibuat dengan jahitan tangan (bagi teknik tampalan/patching technique untuk lace dan jahitan manik) bagi memastikan kualiti dan keunikan setiap rekaan terjaga. Oleh itu, setiap unit rekaan adalah unik dan tidak sama dengan unit yang lain dalam keseluruhan koleksi.


DS : 001

Sebagai permulaan, koleksi kami terdiri daripada dua kategori iaitu koleksi rekaan hood yang mempunyai tampalan lace dengan/tanpa  jahitan manik, dan koleksi rekaan hood kosong dengan hiasan tampalan diamond. Walau bagaimanapun, kami tetap berusaha memberikan tawaran harga terbaik dan mampu milik kepada pelanggan kami berbanding pengeluar-pengeluar lain, yang rata-rata meletakkan harga lebih tinggi walaupun koleksi mereka dikeluarka melalui proses pengilangan.




Di bahagian pemasaran kami mensasarkan tempahan dari pelbagai golongan dan semua lapisan masyarakat kerana tudung rekaan kami sesuai digayakan oleh semua golongan terutama generasi hijabista yang gemar bereksperimentasi dengan gaya-gaya terkini. Koleksi kami sesuai digayakan dalam semua keadaan samada aktiviti santai, urusan rasmi dan majlis formal seperti ke pejabat dan mesyuarat, jamuan makan malam dan keraian, serta majlis pernikahan dan perkahwinan bagi bakal raja sehari. Koleksi kami pasti memberikan kelainan kepada gaya anda walau dimana jua anda berada.




Sempena promosi akhir tahun, kami memberikan HARGA PENGENALAN, istimewa kepada pelanggan kami yang terawal. Berikut adalah senarai harga mengikut kategori koleksi:

Hood tanpa ‘patching’ (tampalan diamond) : RM55
Hood ber ‘patching’ dengan/tanpa manik : RM125

Gambar diatas adalah unit pertama rekaan kami yang telah siap disunting oleh juruedit grafik kami. ‘Follow’ kami di blog dan nantikan kemunculan rekaan-rekaan lain dalam koleksi kami yang masih dalam proses suntingan. Pasti ada yang menawan hati anda.

Selain daripada koleksi sedia ada, kami juga mengambil tempahan bagi pelanggan yang mahukan rekaan istimewa mengikut citarasa yang anda.

Buatlah tempahan sekarang dan jadilah antara pelanggan kami yang terawal untuk menikmati harga pengenalan semetara stok masih ada! Istimewa hanya dari DARNELLA SCARF. BE A TREND SETTER!